Sabtu, 22 Oktober 2011

Tips Memasak Biskut Dan Kek


Hari ini Admin SCH nak berkongsi tentang bagaimana nak mendapatkan hasil kek yang memuaskan untuk korang praktikkan dirumah.Ye la kan kadang kala ada gak kek dan biskut kita tak menjadi.Admin SCH pun penah gak kena,kek yang admin SCH wat tu jd keras,berlubang ditengah,tak masak dan biskut plak jd keras..hahaha..lawak ase time tu.Wlupun dah mahir skit2 dalam pembuatan mmbuat kek dan biskut,adakala kesilapan seringkali berlaku.Jangan ingat pakar pun tak pernah wat silap...hehe..Banyak langkah-langkah yang perlu kita tahu dan pelajari,untuk mendapatkan hasil yang baik.Nampak mudah dan senang tapi sebenarnya nak wat kek dan biskut ni memerlukan kesabaran tau!!...hehehe..Kalau kek dan biskut kita tak menjadi pada siapa lagi nak kita suh pelahap dan makan,kalau tak anak2 kita...Admin SCH pun masih banyak yang perlu belajar dan disini ada bberapa tips berguna untuk korang praktikkan dan amalkan bila korang wat kek dan biskut.Berikut langkah-langkah yang perlu anda tahu ketika memasak KEK & BISKUT:-
  • Sebelum mulakan membaking,panaskan dulu oven korang selama 10min.
  • Untuk membuat kek pastikan korang pakai gula kastor dan utk biskut pula gunakan gula aising untuk cepat larut ke dalam adunan.Sebabnya gula yang tak larut dan tidak cukup diputar akan menghasilkan bintik2 putih dipermukaan kek atau biskut korang.
  • Gunakan telor gred A atau B untuk membuat kek pada suhu bilik kerana apabila dipukul telor akan mengembang berbeza dari telor yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Apabila memukul telor dan gula pastikan korang guna speed yang laju,sehingga campuran tadi menjadi pekat dan putih
  • Elakkan kuning telor dan putih telor bercampur apabila diasingkn.Kalau terjadi blh amik separuh kulit telor tadi dan asingkannya.
  • Jangan campurkan telor terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana akan menghasilkan adunan yang berbentuk berbuih (mendidih),kalau terjadi gak campurkan sedikit tepung kedalam adunan td.
  • Apabila mencampurkan tepung kedalam kek span,kaupbalikkan dgn cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yg terperangkap semasa memukul telor td.Gelombang udara ini memberikan kek span ringan dan lembut.
  • Pastikan adunan tepi mangkuk dikikis dan digaul rata,kalau tidak t kek akan berbelang.
  • Untuk menyamakan tepung biasa dgn tepung serbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik kedalam 120gm tepung gandum serbaguna.
  • Jangan membuka pintu oven dalam masa 20min pertama semasa membakar,kerana pertukaran udara yang mendadak boleh menyebabkan kek terbenam(tenggelam) ditengah.
  • Suhu oven terlalu tinggi atau panas pun bleh buat kek terbenam.
  • Pastikan kek betul-betul masak sebelum keluarkan.Cara yang baik dgn mengunakan pencucuk kuih ditengah2.Jika bersih maknanya dah masak la tu.
  • Kek span elok dimakan pada hari ia dibuat.Kek mentega pula hendaklah disimpan dalam bekas kedap udara.Kek yang paling sedap disimpan lama adalah kek kukus buah-buahan.
  • Kek dan biskut tak boleh disimpan bersama-sama,kerana biskut akan jadi lemau.
  • Akhir sekali pastikan air mendidih dahulu,sebelum mula mengukus kek.
Selamat mempraktikkan dan selamat memasak...moga tips2 diatas boleh jadi panduan kat korang.If ada yang kekurangan dan nak share boleh share kt ruangan komen SCH..:)


Sumber dari:Majalah Rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan