Jumaat, 19 Februari 2010

KISAH KEK DAN SEJARAHNYA

SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA..dalam kesibukan menerima tempahan dan membuat kek sempat la jugak sweety membelek-belek majalah dan banyak jugak informasi serta sedikit idea-idea yang sweety pelajari bagi menambahkan lagi sweety punya inspirasi membuat serta menghias kek.Belek pnya belek sweety terpaut lak dengan info tentang kek.Disini sweety nak berkongsi dengan para pengunjung tentang apa yang sweety baca...Tentu kita tertanya-tanya dari mana asal kek serta sejarahnya..Berikut info-info tentang kisah dan sejarah kek:-
  • KEK AISKRIM-Ia mula diperkenalkan pada tahun 1800 di selatan Pennysylvania,Amerika Syarikat.
  • KEK HARIJADI-Pakar sejarah percaya kek harijadi yg berbentuk roti mula diperkenalkan oleh masyarakat Greece.Kek atau roti itu diperbuat daripada campuran tepung dan madu.Orang Roman pernah mengadakan majlis sambutan hari jadi orang perseorangan,pahlawan serta kerabat diraja juga ulangtahun bandar.Kek sempena ulangtahun ke 50 biasanya dibuat lebih istimewa iaitu dngan campuran minyak zaitun,keju kisar dan madu selain tepung
  • KEK BLACKFOREST-Ia berasal dari Jerman.Ia dinamakan sempena sebuah daerah di Jerman iaitu BLACKFOREST.
  • KEK SIFON-Kek yang mengunakan minyak sayuran ini mula dibuat pada tahun 1927 oleh Harry baker dari restoran Los Angeles Brown Derby.
  • KEK COKLAT-Kek ini dipopularkan oleh masyarakat minoriti Jerman yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1852.
  • KEK KEJU-Kek keju pernah dibuat pada tahun 776 sebelum masehi lagi di Isle of Delos untuk hidangan para atlet Olimpik.Kek jenis ini mula diperkenalkan ke United Kingdom dan eropah oleh tentera roman.Kek Keju yang paling popular iaitu kek keju New york pada tahun 1900.
  • TIRAMISU-Dalam bahasa itali bermaksud "angkat aku".Tiramisu popular dibandar bernama Treviso,Itali di restoran Ie Beccherie.Ada juga mengatakan kek ini mula diperkenalkan pada abad ke 17 di Siena,itali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan