Khamis, 24 November 2011

KEK CHOCOLATE FUDGE REDAKAN PMS???


Apa itu PRE-MENSTRUAL SYNDROME??PMS merupakan gejala yang dialami oleh kaum wanita menjelang mentruasi.Biasanya PMS berlaku dalam bentuk gangguan emosi fan juga fizikal seperti bersedih,panik,cemas,malas melakukan aktiviti,selera makan meningkat,sakit pada payudara,kembung dan krem pada kawasan perut.Gejala lain seperti berjerawat,sakit kepala atau migrain,sakit sendi dan sakit pinggang.Anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa akibat PMS ini dengan mengambil makanan yang mengandungi kabohidrat kompleks seperti tepung gandum atau beras,kalsium seperti sayuran hijau,susu soya atau susu,Asid lemak omega 3,magnesium dan asid folat.Selain itu anda juga boleh mengambil sepotong kek coklat kerana ia mengandungi vitamin B5 (asid folat),kalsium,magnesium dan juga karbohidrat kompleks yang berperanan membantu mengurangkan gejala PMS.Serbuk koko juga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan ia bersifat menenangkan.

TIPS SIHAT:
  • Dark chocolate boleh meningkatkan mood seseorang supaya menjadi riang.Ini kerana kandungan amphetanine dalam coklat ini boleh meningkatkan penghasilan hormon dopamine iaitu hormon penyebab perasaan senang dan ia membaiki suasana hati.
Untuk dapatkan resepi kek sila klik disini COKLAT FUDGE

Jumaat, 18 November 2011

HADIAH UNTUK GURU


Coklat perisa strawbery + milk choc didalamnya ada kismis,badam dan hazel.Untuk Pn Isma dari Anjung Batu Tangkak.Katanya untuk hadiah pada cikgu ank dia.

Terima Kasih Pn Isma :)

TEMPAHAN HARIJADI


Tempahan yang nie datangnya dr Pn Shafizah sempena besday dia n bby dia irfan.Kek Cheese Oreo 1kg menjadi pilihan untuk santapan mereka sekeluarga.

Khamis, 17 November 2011

TEMPAHAN RAYA HAJI

Yang ni plak tempahan dari Pn Ieda Tgk Jaya..memilih kek choc moist 500gm biasa sahaja dgn taburan kepingan almond.Tq ieda ♥ jgn lupa komen :)
KOMEN DARI CUSTOMER:
Mrss Ieda sedap sangat....sampaikan nak potong pon kasi nipis2 tau....takot habis cepat....lah kakkkk..
Tempahan pertama kali dari Bro Ayun untuk santapan raya haji ..Rich choc moist cakes 1kg menjadi pilihannya.Tq coz sudi menempah diSCH...sila komen yer..:)..♥
KOMEN DARI CUSTOMER;
Bro Ayun sungguh sedap... eeeeerrrrmmmm..... sehingga menjilat jari... :-)November 9 at 5:46pm ·
Tempahan dari Cik We From Key Ell..kebtulan time raya haji dia blk kg cik kak kita ni tempah utk mkn sesaje n teringin nk merasa kek buatan SCH ni..kek indulgence 1/2kg dgn choc moist 1/2kg menjadi pilihan..esok plak cik kak ni tempah lg kek choc moist ni utk kakak iparnya..tq wee support me..♥..sila2 le komen...

TEMPAHAN HARIJADI


Tempahan kali kedua dari pelanggan sy Pn Shiha.Kali ini cik kak kita ni menempah kek Span Coklat with buttercream topping 1.5kg.Katanya sempena meraikan hari lahir ayahnya yg ke 76thun..Alhmdulillah moga pokde dipnjangkn usia dan diberikan kesihatan yg baik..amin..♥...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Selasa, 25 Oktober 2011

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT

Entri hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang di ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan dari internet.

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.


Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.
Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah mencairkan butter.


Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK

  • Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.
  • Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
  • Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
  • Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.
  • Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.
  • ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.
  • Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
  • Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper.
  • Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
  • Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
  • Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
  • Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.
  • Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
  • Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
  • Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.
MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH
  • Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
  • Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia mencair sedikit
  • Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.
  • Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.
KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
  • Suhu ketuhar terlampau tinggi
  • Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
  • Kekurangan tepung atau telebih gula
  • Masa membakar terlalu pendek
  • Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar
  • Serbuk penaik berlebihan
KEK MEREKAH
  • Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus
  • Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
  • Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
  • Sukatan tepung terlebih
  • Masa membakar terlalu lama
KEK CHIFFON PENYEK
  • Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
  • Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
  • Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.
Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu. Happy Baking!

JENIS-JENIS BAHAN BAKERI YANG ASAS


Entri hari nie Admin nak share dgn korang berkenaan bahan-bahan asas yg digunakan untuk membuat kek ,biskut atau pastry.Tentunya ada yang masih tidak mengetahui apa kegunaannya.So Check it Out Babe *,*...


A.TEPUNG
  • Tepung Roti-Soft Flour
  • Tepung pelbagai guna
  • Tepung kek
  • Tepung pastry
  • Tepung gandum berkulit (whole wheat flour)
  • Tepung-tepung khas
Kegunaannya:-
  1. Bahan utama dan membantu pembentukan rangka produk
  2. Bertindak sebagai bahan penyerap dan penyatu(binding agen)
  3. Mempengaruhi kualiti penyimpanan/jangka hayat produk-produk
  4. Menambahkan nilai-nilai zat pemakanan kepada produk.
B.TELUR
  • Penaik
  • Putih telur
  • Kuning Telur
Kegunaannya:-
  1. Menambahkan warna
  2. MEmperoleh tekstur produk
  3. Menambah ruang
  4. Mempengaruhi struktur
  5. Menambah rasa
  6. Menambah zat pemakanan dari produk
C.GARAM
  • Halus
  • Kasar
Kegunaannya:
  1. Mempengaruhi rasa
  2. Kawalan terhadap yis (kandungan garam yg tinggi akan merencat aktiviti yis)
  3. Mengukuhkan kekuatan gluten didalam tepung
  4. Memperolehkan tekstur dan kualiti produk
D.SUSU DAN LAIN-LAIN CECAIR
  • Susu lemak berkrim
  • Susu cair
  • Buttermilk
  • Susu pekat manis
  • Air
  • Jus buah-buahan
  • Susu tepung
Kegunaanya:
  1. Mempengaruhi tekstur
  2. Menambahkan zat makanan
  3. Mempengaruhi ciri-ciri penyimpanan
  4. Menyedapkan lg rasa
  5. Sebagai bahan pelarut bagi bahan-bahan kering dan membantu memekatkn bancuhan
  6. Ketika produk dibakar,sebahagian daripada cecair bertukar menjadi wap
E.GULA DAN LAIN-LAIN PEMANIS
  • Gula berbentuk kablur putih(gula pasir/kastor)
  • Gula berbentuk tepung(gula aising,snow powder)
  • Gula perang
  • Madu
  • Sirap jagung
  • Glukosa
  • Molas (gula kabung,gula melaka atau gula anau)
Kegunaannya;
  1. Menjadikan produk berasa manis
  2. Memperolehi rasa
  3. Mempengaruhi kerapuhan
  4. Memperolehkan warna lapis luaran produk
  5. Menambahkan jangka hayat penyimpanan
  6. Gula bahan utama bg membuat aising

Note: Gula adalah pemanis bg yis

F.BAHAN-BAHAN PENAIK
  • Yis
  • Mampat/ovallete
  • Soda bikarbonat
  • Baking powder
  • Krim of tar tar
Kegunaanya:
  1. Menambah ruang
  2. Meperbaiki tekstur
  3. Menambah kualiti tepung
G.LEMAK,LELEMAK DAN MINYAK
  • Serbaguna
  • Minyak sayuran
  • Butter/majerin
  • Lemak kandungan hidrogen tinggi
  • Lemak untuk melapis:danish,pastry lapis
  • Lemak dari kulit
Kegunaannya:
  1. Menambahkan kerapuhan
  2. Memperbaiki kualiti penyimpanan dan pemakanan
  3. Menambah nilai pemakanan
  4. Memperelokkan tekstur dan kehalusan produk
H.BAHAN-BAHAN PERASA
  • Rempah
  • Esen
  • Chocolate/koko
  • Pewarna-oil,paste,liquid
Kegunaanya:
  1. Bahan perasa menyedapkan lagi rasa produk
  2. Bahan pewarna menerbitkan warna yang diinginkan
  3. Bahan pengawet merencatkan tindakbalas organisma perosak yg menyebabkan tengek dan basi

Sumber: Kelas Baking Pn Hani Nawi

Isnin, 24 Oktober 2011

1st Time Make This!!!



Salam sume..hai...hai..hai..entri kali ini Admin SCH nak share skit dgn koranglah...semalam admin dpt tempahan dari sedara,dia nk tart cheese blueberry,pai termimpi2 katanya teringin nak makan..hehe ngidam ke ape kak oii...hahaaha...jd semalam bila siapkn tempahan dia kebetulan pastri doh ada lebih.Takkan nk buang plak kn..so admin trylah wat tart buah ni..Sebenarnya 1st time wat tart nie..sebelum ni bese wat tart telor n cheese jer..alhamdulillah mmg sedap sgt2x..i like n lurve it..sbb buah2an kan tak la gmok nk mkn slalu..hehe pada pengemar TART lau nk try boleh la order kt sy...hehe..promo nie..:)..Kalau nak order boleh PM inbox fb rasmi SURY CAKES HOUSE

TART CHEESE BLUEBERRY

Tempahan ini datangnya dari PN Norshiha Md Arof dari Taman Megaria,Tangkak. Tart Cheese Blueberrry size S sebanyak 50biji menjadi pilihan untuk menjamu selera.
Terima Kasih kerana menempah di SURY CAKES HOUSE(HAK MILIK SUTERA COMEL ENT) (Sutera Comel Enterprise (JR0019962-V) )
Selamat Menjamu Selera.

"SELERA TERPAUT ,PASTI MEMIKAT HATI" ♥


Tart Cheese Blueberry

Ahad, 23 Oktober 2011

Cheese..Cheese..Cheese..Again!!!

Tempahan dari anak saudara makcik dari Ledang untuk makan suka-suka..Hope she like it!!
Kek Cheese Blueberry(Chill)

KEK CHEESE CHOC MOIST

Kek Coklat Moist yang dilapisi dengan Cheese perisa vanila di curahkan dengan cairan coklat ganache di hiasi pula taburan parutan coklat putih dan coklat susu.Memang marvelous..Berat yang SCH wat dalam gambar nie anggaran dalam 2.5kg size 11 ke 12 inci.Pada sesiapa yang ingin mencuba boleh lah menempah untuk dinikmati pada waktu santai atau majlis meraikan harijadi anak anda.Mereka pasti menyukainya..

Tempahan Kek & Coklat Sepanjang February hingga Oktober 2011


Sabtu, 22 Oktober 2011

Tips Memasak Biskut Dan Kek


Hari ini Admin SCH nak berkongsi tentang bagaimana nak mendapatkan hasil kek yang memuaskan untuk korang praktikkan dirumah.Ye la kan kadang kala ada gak kek dan biskut kita tak menjadi.Admin SCH pun penah gak kena,kek yang admin SCH wat tu jd keras,berlubang ditengah,tak masak dan biskut plak jd keras..hahaha..lawak ase time tu.Wlupun dah mahir skit2 dalam pembuatan mmbuat kek dan biskut,adakala kesilapan seringkali berlaku.Jangan ingat pakar pun tak pernah wat silap...hehe..Banyak langkah-langkah yang perlu kita tahu dan pelajari,untuk mendapatkan hasil yang baik.Nampak mudah dan senang tapi sebenarnya nak wat kek dan biskut ni memerlukan kesabaran tau!!...hehehe..Kalau kek dan biskut kita tak menjadi pada siapa lagi nak kita suh pelahap dan makan,kalau tak anak2 kita...Admin SCH pun masih banyak yang perlu belajar dan disini ada bberapa tips berguna untuk korang praktikkan dan amalkan bila korang wat kek dan biskut.Berikut langkah-langkah yang perlu anda tahu ketika memasak KEK & BISKUT:-
  • Sebelum mulakan membaking,panaskan dulu oven korang selama 10min.
  • Untuk membuat kek pastikan korang pakai gula kastor dan utk biskut pula gunakan gula aising untuk cepat larut ke dalam adunan.Sebabnya gula yang tak larut dan tidak cukup diputar akan menghasilkan bintik2 putih dipermukaan kek atau biskut korang.
  • Gunakan telor gred A atau B untuk membuat kek pada suhu bilik kerana apabila dipukul telor akan mengembang berbeza dari telor yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Apabila memukul telor dan gula pastikan korang guna speed yang laju,sehingga campuran tadi menjadi pekat dan putih
  • Elakkan kuning telor dan putih telor bercampur apabila diasingkn.Kalau terjadi blh amik separuh kulit telor tadi dan asingkannya.
  • Jangan campurkan telor terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana akan menghasilkan adunan yang berbentuk berbuih (mendidih),kalau terjadi gak campurkan sedikit tepung kedalam adunan td.
  • Apabila mencampurkan tepung kedalam kek span,kaupbalikkan dgn cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yg terperangkap semasa memukul telor td.Gelombang udara ini memberikan kek span ringan dan lembut.
  • Pastikan adunan tepi mangkuk dikikis dan digaul rata,kalau tidak t kek akan berbelang.
  • Untuk menyamakan tepung biasa dgn tepung serbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik kedalam 120gm tepung gandum serbaguna.
  • Jangan membuka pintu oven dalam masa 20min pertama semasa membakar,kerana pertukaran udara yang mendadak boleh menyebabkan kek terbenam(tenggelam) ditengah.
  • Suhu oven terlalu tinggi atau panas pun bleh buat kek terbenam.
  • Pastikan kek betul-betul masak sebelum keluarkan.Cara yang baik dgn mengunakan pencucuk kuih ditengah2.Jika bersih maknanya dah masak la tu.
  • Kek span elok dimakan pada hari ia dibuat.Kek mentega pula hendaklah disimpan dalam bekas kedap udara.Kek yang paling sedap disimpan lama adalah kek kukus buah-buahan.
  • Kek dan biskut tak boleh disimpan bersama-sama,kerana biskut akan jadi lemau.
  • Akhir sekali pastikan air mendidih dahulu,sebelum mula mengukus kek.
Selamat mempraktikkan dan selamat memasak...moga tips2 diatas boleh jadi panduan kat korang.If ada yang kekurangan dan nak share boleh share kt ruangan komen SCH..:)


Sumber dari:Majalah Rasa

LONG TIME NO SEE...BLOGGERs!!

Salam pada semua blogger's juga pada pengunjung2 setia serta pelanggan tetap SCH.Moga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria2 selalu.Lama Admin SCH tak mengepost dan mengupdate blog SCH nie..Rasanya hampir 5bulan kot...hahaha almaklum ler bukan sebab takde tempahan tapi sebab takde masa nak update kat sini.Selalu Admin SCH update kat MUKABUKU je ler..hehe..Selepas beberapa bulan meninggalkan blog SCH nie,terasa rugi plak kalau tak mengupdate gambar-gambar dan juga share something kat sini untuk korang.SCH pun dah tukar rupa..hehe..banyaklah juga perubahan yang Admin SCH buat..contohnya macam BANNERs la..then lagi SCH tak lagi mengambil tempahan cuppycakes,muffin dan popcakes.Bukan ape tak cukup kakitangan la nak wat yang kecik2 nie..Insya Allah akan datang kalau ada ramai permintaan baru SCH buka tempahan untuk cuppycakes n muffin.
Bulan pose hari tu Admin SCH CUTI selama 2 bulan..heheh..ramai gak yang dok tanya lepas raya hari tu.Kemana menghilang??sunyi sepi je,dah tak ambil tempahan biskut dan kek ker?hehe..Sebenarnya bukan tak ambil tapi Admin tak berapa sihatlah masa tu.Jadi nak ambil tempahan pun takde mood...hehe minta maaf la yer pada siapa-siapa yang tak dapat nak menghubungi Admin SCH..tak pe hari raya haji ada ..Sekarang nie pun Admin SCH dah buka tempahan untuk siapa-siapa nak menempah sempena HARI RAYA HAJI.Kalau boleh tempah awal-awal yer.Okeylah kawan-kawan cukup sampai sini dulu coretan Admin SCH.Harapan Admin SCH moga perniagaan SCH nie terus berkembang maju dan teruskanlah menyokong SCH.Terima Kasih pada yang banyak menempah di SCH...jangan lupa menempah lagi dan jangan lupa memberi komen dan pandangan korang tentang produk keluaran SCH sendiri..^,^


Khamis, 10 Februari 2011

TEMPAHAN CHOC HOUSE



Tempahan Last min...huhu...thanks intan tmph utk kali kedua...kali ni choc huruf wane oren n kuning perisa oren n mangga..dlm choc ada badam,kacang,n pelbagai filing...
Terima Kasih kerana menempah...♥

TEMPAHAN KEK TUNANG




Kek tunang ni tempahan dr kawan sek iaitu Pn Nora utk hantaran pertunangan abgnya.
Terima Kasih kerana sudi menempah kt mysweety..♥

TEMPAHAN CHOC HOUSE


Tempahan Last minit dari Intan.Katanya nk hias atas kek hantaran..Pilihan choc huruf wane merah perisa lemon..
Thanks intan...♥

Khamis, 27 Januari 2011

TEMPAHAN CHOC HOUSE




Tempahan dari Pn Lysa sempena bsday adiknya~Memilih Choc pelbagai perisa tema purple 35pcs dlm 1 kotak~
terima kasih kerana mengorder kt sweetberry's choc house

Rabu, 26 Januari 2011

TEMPAHAN CHOC HOUSE



Tempahan kali kedua dari Eja Apple..
12 pcs - 1 boxes
Perisa coklat & strawberry with filling strawberry juga badam sebiji
Thanks eja kerana mengorder...hehe jgn lupa order lg yer <3

Ahad, 23 Januari 2011

TEMPAHAN HARIJADI




Tempahan dari Fiza Ali utk bday anknya Zahid.
Cup Cakes perisa Oren with buttercream colourful
16pcs ( 1 box)
Thanks for ur support ♥ hope u all like it!!

TEMPAHAN CHOC HOUSE




Tempahan dari Eja Apple sempena besday kawannya
Choc pelbagai perisa strawberry & choc
1 box ( 9 pcs )

Thanks 4 ur support..hope u like it! ♥

Isnin, 6 Disember 2010

TEMPAHAN SEPANJANG OGOS-DISEMBER 2010

choc moist blueberry 1.5kg
with buttercream
choc moist with blueberry
1.5kg






cupcakes chocmoist with buttercream



tart cheese blueberry





kek span 1/kg





choc moist with edible image 1.5kg



choc moist 1kg with edible image











choc moist 1kg






choc moist 1/2kg