Selasa, 25 Oktober 2011

JENIS-JENIS BAHAN BAKERI YANG ASAS


Entri hari nie Admin nak share dgn korang berkenaan bahan-bahan asas yg digunakan untuk membuat kek ,biskut atau pastry.Tentunya ada yang masih tidak mengetahui apa kegunaannya.So Check it Out Babe *,*...


A.TEPUNG
  • Tepung Roti-Soft Flour
  • Tepung pelbagai guna
  • Tepung kek
  • Tepung pastry
  • Tepung gandum berkulit (whole wheat flour)
  • Tepung-tepung khas
Kegunaannya:-
  1. Bahan utama dan membantu pembentukan rangka produk
  2. Bertindak sebagai bahan penyerap dan penyatu(binding agen)
  3. Mempengaruhi kualiti penyimpanan/jangka hayat produk-produk
  4. Menambahkan nilai-nilai zat pemakanan kepada produk.
B.TELUR
  • Penaik
  • Putih telur
  • Kuning Telur
Kegunaannya:-
  1. Menambahkan warna
  2. MEmperoleh tekstur produk
  3. Menambah ruang
  4. Mempengaruhi struktur
  5. Menambah rasa
  6. Menambah zat pemakanan dari produk
C.GARAM
  • Halus
  • Kasar
Kegunaannya:
  1. Mempengaruhi rasa
  2. Kawalan terhadap yis (kandungan garam yg tinggi akan merencat aktiviti yis)
  3. Mengukuhkan kekuatan gluten didalam tepung
  4. Memperolehkan tekstur dan kualiti produk
D.SUSU DAN LAIN-LAIN CECAIR
  • Susu lemak berkrim
  • Susu cair
  • Buttermilk
  • Susu pekat manis
  • Air
  • Jus buah-buahan
  • Susu tepung
Kegunaanya:
  1. Mempengaruhi tekstur
  2. Menambahkan zat makanan
  3. Mempengaruhi ciri-ciri penyimpanan
  4. Menyedapkan lg rasa
  5. Sebagai bahan pelarut bagi bahan-bahan kering dan membantu memekatkn bancuhan
  6. Ketika produk dibakar,sebahagian daripada cecair bertukar menjadi wap
E.GULA DAN LAIN-LAIN PEMANIS
  • Gula berbentuk kablur putih(gula pasir/kastor)
  • Gula berbentuk tepung(gula aising,snow powder)
  • Gula perang
  • Madu
  • Sirap jagung
  • Glukosa
  • Molas (gula kabung,gula melaka atau gula anau)
Kegunaannya;
  1. Menjadikan produk berasa manis
  2. Memperolehi rasa
  3. Mempengaruhi kerapuhan
  4. Memperolehkan warna lapis luaran produk
  5. Menambahkan jangka hayat penyimpanan
  6. Gula bahan utama bg membuat aising

Note: Gula adalah pemanis bg yis

F.BAHAN-BAHAN PENAIK
  • Yis
  • Mampat/ovallete
  • Soda bikarbonat
  • Baking powder
  • Krim of tar tar
Kegunaanya:
  1. Menambah ruang
  2. Meperbaiki tekstur
  3. Menambah kualiti tepung
G.LEMAK,LELEMAK DAN MINYAK
  • Serbaguna
  • Minyak sayuran
  • Butter/majerin
  • Lemak kandungan hidrogen tinggi
  • Lemak untuk melapis:danish,pastry lapis
  • Lemak dari kulit
Kegunaannya:
  1. Menambahkan kerapuhan
  2. Memperbaiki kualiti penyimpanan dan pemakanan
  3. Menambah nilai pemakanan
  4. Memperelokkan tekstur dan kehalusan produk
H.BAHAN-BAHAN PERASA
  • Rempah
  • Esen
  • Chocolate/koko
  • Pewarna-oil,paste,liquid
Kegunaanya:
  1. Bahan perasa menyedapkan lagi rasa produk
  2. Bahan pewarna menerbitkan warna yang diinginkan
  3. Bahan pengawet merencatkan tindakbalas organisma perosak yg menyebabkan tengek dan basi

Sumber: Kelas Baking Pn Hani Nawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan